Ros Jepun sangat mudah dibiakkan atau ditanam. Cara tanam bunga Ros Jepun sangat mudah dibuat kerana tidak memerlukan bajet yang tinggi. Di mana sahaja anda boleh menanamnya.

Sekiranya anda membeli keratan ros jepun secara online pastikan segala keperluan seperti pasu dan tanah disediakan terlebih awal. Jika tidak, anda akan membiarkan keratan anda mudah layu dan tidak segar lagi apabila ditanam. Pastikan anda rendam dalam air yg cetek terlebih dahulu, bagi memastikan jangka hayatnya lebih lama.

Kaedah tanam ros jepun langkah demi langkah adalah seperti berikut;

1. Setelah pasu dan tanah disediakan, tanah dimasukkan ke dalam pasu atau polibag. Anda boleh guna tanah campuran yang mempunyai kandungan bahan organik, kompos dan pasir. Jika malas membuat tanah campuran boleh beli tanah yang 6 in 1 yang terdapat di pasaraya atau nursery.

Anda boleh guna terus dan tidak perlu campur apa-apa lagi. Jika anda menggunakan tanah hitam anda perlu campurkan sedikit tanah merah atau pasir. Baja organik juga boleh ditambah untuk memjadikan tanah lebih subur.


2. Cuba Siram tanah dengan air sehingga basah. Pastikan media campuran tanah yang digunakan tidak menakung air. Ros jepun perlukan tanah yang bersaliran baik atau poroi. Batang ros jepun mudah lembik jika terlebih air.
3. Kemudian, keratan batang ros jepun yang diperolehi bolehlah dicucukkan ke tanah. Sekiranya batang tersebut panjang boleh potong dua dengan ukuran kira-kira 5-6cm.


4. Setelah selesai cucuk atau menanam kesemua keratan ros jepun, letak di tempat sedikit teduh dan ada sinaran matahari semasa proses awal semaian.
5. Pastikan tanah sentiasa lembap. Siram bila perlu atau nampak tanah sudah kering.


6. Setelah lebih kurang 1-2minggu, jika pokok ros jepun sudah kelihatan subur dan mengeluarkan pucuk baru, bolehlah pindahkan ke tempat yang panas (ada sinaran terus matahari)


7. Lepas 2 minggu bolehlah pokok ros jepun dibaja dengan baja pertumbuhan atau baja daun 15:15:15 (warna hijau) atau baja kopi 8:8:8 (organik). Ros Jepun perlukan matahari, air dan baja yang mencukupi untuk hidup dan tumbuh subur.

Ros Jepun dan cara membiaknya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Inline
Inline