Ros Jepun atau nama saintifiknya Portulaca grandiflora dalam famili Portulacaceae. Terdapat lebih 100 spesies dari genus Portulaca. Portulaca dikatakan mula diperkenalkan dari Amerika Selatan ke kebun-kebun Eropah pada awal tahun 1700-an. Nama portulaca berasal dari portula Latin, yang bermaksud “pintu kecil,” untuk bahagian atas kapsul; biji terbuka seperti pintu gerbang.

Bunga ini kelihatan seperti bunga  mawar dan disebabkan tu ia dikenali sebagai Rose Jepun. Ros Jepun banyak peminatnya di Malaysia dan seluruh dunia. Ros Jepun salah satu tumbuhan berbunga yang sangat mudah ditanam, tidak cerewet dan sangat mudah dibiakkan. Ros Jepun tidak memerlukan banyak penjagaan namun masih lagi boleh tumbuh dengan mudah dan yang paling penting bunganya sangat cantik. Ros Jepun mempunyai pelbagai variasi warna membuatkan ramai yang melihatnya terpegun dan terus jatuh hati. Antaranya ialah warna merah, merah jambu, peach, ungu, kuning, putih dan oren. Ada juga yang mempunyai gabungan dua warna selain terdapat bunga berganda atau kelopak tambahan.

Cara membiakkan dengan mudah pokok ros jepun adalah melalui keratan batang yang telah matang. Ia juga boleh tumbuh dari biji benih. Jika anda ingin membeli pokok ros jepun di nurseri bunga atau pusat semaian bunga seeloknya datanglah pada waktu pagi. Ini kerana bunga-bunga yang cantik ini kebiasaanya akan membuka kelopak bunganya pada waktu pagi dan  untuk masa yang terhad sahaja. Semasa hari hujan atau mendung di mana tidak cukup cahaya matahari, bunga ros jepun tidak akan berkembang mekar.

Pokok Ros Jepun lebih suka tanah yang peroi dan sedikit berpasir serta matahari penuh. Ia sangat tahan walaupun dengan keadaan yang kering atau panas, namun pastikan air mencukupi dan tanah sentiasa lembap.

Ros jepun pelbagai campuran warna sangat menarik dijadikan sebagai tanaman tutup bumi. Ia juga boleh dijadikan tanaman hiasan yang menarik apabila di tanam di dalam pasu gantung.

Ros Jepun banyak peminatnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Inline
Inline